Monday, January 31, 2011

Ya Rabbi

sakit sungguh dadaku.....terasa bagai dihempap batu besar. Seksanya rasa bagai api membakar jiwa. Jantungku berdegup kencang seksa nafas ku. Hati berdebar2 bagai nak terputus nyawa.
Mengapa....seksanya azad ini???? Aku sakit jantung ke??? Atau apakah ini tandanya aku akan dijemput pulang????
Ya Allah jgn kau ambil nyawaku, jgn kau jemput aku lg... Aku tak ingin pulang. Aku blm sedia bertemu dgn Mu. Bkn ku ingkari perintahMu, bkn ku tolak panggilan Mu.....cuma aku blm sedia!
Ya Allah.... lanjutkan usia ku panjangkanlah umur ku. Blm cukup bekalanku untuk temui Mu, amal ku ibadat ku terlalu sedikit untuk ku hadiahkan pada Mu
Ya Allah.....aku ingin merasai sinar Ramadhan Mu mencari berkat di malam sejuta rahmatMu . izinkan aku ya Allah untuk bertemu malam sejuta rahmatMU "Lailatul Qadar" agar dapat Kau angkat doa ku dapat kau gandakan amalku dapat Kau makbulkan permintaanku ...Ya Allah Kau izinkan aku
Ya Allah...aku ingin bersama merasai manisnya kemenangan dari segala dosa meraikan indahnya SyawalMu.....izinkan aku ya Allah
aku ingin terus menghitung hari untuk menziarahi rumahMu meniti hari di bulan Zulkaedah agar aku dapat mengcium harumnya Hajarul Aswad Mu mengenggam erat selendang Mu memandang rumah Mu sepuas hatiku di bulan Zulhijjah
Ya Allah.....  izinkan aku terus mengumpul amalku mencuci dosa2ku membersihkan jiwa dan hati ku. Agar aku dpt mengadapMU sebersih hamparan putih tanpa noda dan dosa.
Izinkan aku terus bertakbir untuk Mu, rukut padaMu, sujud menyembahMu, terus bertasbih memujiMu, bertahmid memujiMu
Ya Allah.....aku terseksa, Kau angkatkan beban dibahuku,sesak dijiwaku kalut di mindaku.......
aku ingin tenang mengadapMu
Ya Allah....sakitku keranaMu pulihku demi Mu ceriaku untukMu
Ya Allah.....ampunilah aku terimalah taubat ku berkatilah doaku.......

Nukilan rasa:
Charmine Ali @ Lara Rindu

KENANGAN ITU

Kata orang....kenangan indah sukar dilupakan.Tapi kata orang juga kenangan sedih lagi payah nak dilupuskan.Sama seperti aku... walau telah lama berlalu tetapi detik itu tetap menjadi ingatan buat ku. Dah macam tajuk lagu la pula."Memori tercipta,Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin disini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada kulupa". Tangkap lentuk la pula.
Walau telah berlalu ianya tetap bersemi dihati. Tetap menjadi kenangan abadi. Memori itu memang indah. Dihari ini aku mula kenali dia.Mulanya aku sangka dia berbeza dari yang lain. Yup....sememangnya berbeza...Baik.lembut dan menghormati. Kata2 indah tersusun bersulam nasihat dan kata2 semangat. Aku terlalu gembira kerana akhirnya aku temui seorang insan yang baik dan dapat mengerti hati ku. Lantas ku panjatkan rasa kesyukuran.
Terubat seketika lara di jiwa , sedih dihati dan seksa dikalbu. kehadirannya memberiku jiwa, semangat dan kekuatan untuk ku atur langkah hidupku.
Hadirnya bagai sejalur cahaya yang menerangi gelap malam ku . Dengannya aku kenali manisnya kata, cantiknya bahasa. Puitis tersusun indah hingga bisa meruntum jiwa. Darinya aku kenali erti kesopanan, kelembutan dan tata susila seorang wanita. Banyaknya terbongkar kekurangan, terungkai kelemahan. Darinya aku akur tentang erti kepatuhan dan kesantunan .
Tersenyum sendiri bila dikenang2 saat indah itu . Terasa semuanya indah dan bahagia. Terlupa seketika hakikat kekurangan diri. Sepanjang mengenalinya aku banyak tersenyum, sering tertawa ceria. Alangkah bahagia rasanya!
Namun...hati kecil ini sering kali berbisik curiga, apakah semua ini akan berpanjangan dan berkekalan...?
Akhirnya...aku teruji lagi. Panas yang ku harap  berpanjangan rupanya mendung mendatang akhirnya hujan turun mencurah. Sekelip mata hilang segala mimpi indah di landa Bah. Dia pergi menjauh tanpa kutau apa silap dan apa salah. Segalanya punah.
 Arghhhhhhhhhhh aku tertipu lagi. Dia sama juga seperti insan2 lain hanya bertanam tebu di bibir sahaja. Semua kata2 hanya palsu. Ucapannya dusta. Janjinya hanya pemanis kata.Ya Tuhan sampai bila kan semua ini harus berpanjangan???? Tiada lagikah hamba2 Mu yang benar2 jujur, ikhlas dan setia? Alangkah sukarnya mencari sebuah kejujuran dalam sebuah persahabatan!


LARA RINDU

TANDA CINTA


Janji berpadu kasih terpateri

Cinta terpahat didasar hati
Ikrar dan janji disulam akad
Berguguran airmata tika ubun2 dikucup lembut
Tanda kasih telah bersemi
Senandung rindu berlagu ria
Hati sendu bertukar ceria
Janji di lafaz ikrar diikat
Kasih dan cinta bersatu jua
Salam bersambut doa dipanjat
Kasih dan cinta kekal ke akhir hayat
Kasih dinda buat kanda moga abadi ke alam syurga
Cinta bersatu bersama doa
Tanda restu ayah serta bonda
Aku milikmu tiada dua
Kau pertama ke akhir usia

Titipan Pena
Lara Rindu

RINDU KU UNTUK MU



Setiap degup jantungku
Setiap hembusan nafasku
Terbaris namamu
Setiap langkah ku
Setiap gerak ku
Terukir bicaramu
Setiap tuturku
Setiap pandanganku
Terlukis senyum mu
Kau tetap ilhamku dlm setiap detak hatiku
Hanya kau SATU yg kurindu
Meski ku tau
Kau bukan hanya untukku

Nukilan Cipta:
Lara Rindu 2009

Assalamualaikum

Feb 1 2011 mencuba sesuatu yg baru