Kata orang....kenangan indah sukar dilupakan.Tapi kata orang juga kenangan sedih lagi payah nak dilupuskan.Sama seperti aku... walau telah lama berlalu tetapi detik itu tetap menjadi ingatan buat ku. Dah macam tajuk lagu la pula."Memori tercipta,Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin disini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada kulupa". Tangkap lentuk la pula.
Walau telah berlalu ianya tetap bersemi dihati. Tetap menjadi kenangan abadi. Memori itu memang indah. Dihari ini aku mula kenali dia.Mulanya aku sangka dia berbeza dari yang lain. Yup....sememangnya berbeza...Baik.lembut dan menghormati. Kata2 indah tersusun bersulam nasihat dan kata2 semangat. Aku terlalu gembira kerana akhirnya aku temui seorang insan yang baik dan dapat mengerti hati ku. Lantas ku panjatkan rasa kesyukuran.
Terubat seketika lara di jiwa , sedih dihati dan seksa dikalbu. kehadirannya memberiku jiwa, semangat dan kekuatan untuk ku atur langkah hidupku.
Hadirnya bagai sejalur cahaya yang menerangi gelap malam ku . Dengannya aku kenali manisnya kata, cantiknya bahasa. Puitis tersusun indah hingga bisa meruntum jiwa. Darinya aku kenali erti kesopanan, kelembutan dan tata susila seorang wanita. Banyaknya terbongkar kekurangan, terungkai kelemahan. Darinya aku akur tentang erti kepatuhan dan kesantunan .
Tersenyum sendiri bila dikenang2 saat indah itu . Terasa semuanya indah dan bahagia. Terlupa seketika hakikat kekurangan diri. Sepanjang mengenalinya aku banyak tersenyum, sering tertawa ceria. Alangkah bahagia rasanya!
Namun...hati kecil ini sering kali berbisik curiga, apakah semua ini akan berpanjangan dan berkekalan...?
Akhirnya...aku teruji lagi. Panas yang ku harap berpanjangan rupanya mendung mendatang akhirnya hujan turun mencurah. Sekelip mata hilang segala mimpi indah di landa Bah. Dia pergi menjauh tanpa kutau apa silap dan apa salah. Segalanya punah.
Arghhhhhhhhhhh aku tertipu lagi. Dia sama juga seperti insan2 lain hanya bertanam tebu di bibir sahaja. Semua kata2 hanya palsu. Ucapannya dusta. Janjinya hanya pemanis kata.Ya Tuhan sampai bila kan semua ini harus berpanjangan???? Tiada lagikah hamba2 Mu yang benar2 jujur, ikhlas dan setia? Alangkah sukarnya mencari sebuah kejujuran dalam sebuah persahabatan!
LARA RINDU
No comments:
Post a Comment